MRT - My Rapid Transit

MRT-petaPenghijrahan penduduk dari luar bandar ke Kuala Lumpur telah merancakkan ekonomi ibu negara Malaysia. Semakin banyak projek perumahan baru telah dibina dan peningkatan mendadak jumlah keluarga isi rumah.

Kesan pertambahan kenderaan persendirian di jalanraya telah menyebabkan warga kota terperangkap dalam kesesakan selama berjam-jam. Hari-hari Sesak! Sesak! Sesak! Kalau naik bas awam pun kena berdiri lama dalam keadaan kurang selesa.

trafikjam

 

Pengangkutan awam LRT STAR dan PUTRA dan Monorel yang ada sekarang juga tidak dapat menampung jumlah pengguna yang semakin bertambah di Lembah Kelang.

Sekarang satu projek sistem pengangkutan awam yang baharu telah dilancarkan pada 8hb Julai 2011. Iaitu sistem pengangkutan rel MRT (Mass Rapid Transit) sepanjang 51km dari Sungai Buloh ke Kajang. Sebanyak 31 buah stesen bakal dibina berhampiran penduduk berkepadatan tinggi.

MRT-stesen

Menurut statistik, jumlah penduduk Lembah Kelang adalah seramai enam juta dan angka ini akan meningkat kepada lebih sepuluh juta menjelang tahun 2020.

Peningkatan ini sudah cukup meresahkan kita, ya lah.. kalau enam juta penduduk sudah memberi kesesakan sehingga berjam-jam. Berapa lama agaknya kita akan terperangkap di jalan raya apabila penduduk Lembah Kelang mencapai sepuluh juta?

Disini, MRT yang bakal dibina, dijangka dapat memenuhi pemintaan pengguna untuk jangka masa panjang. Cuba bayangkan, satu gerabak MRT ini mampu menampung jumlah penumpang bersamaan tiga buah bas. Ia juga bersamaan dengan 177 buah kereta.
 
Kesan baik ini bukan sahaja mengurangkan kesesakan jalan raya. Malah dapat memperbaiki kualiti udara di sekitar Lembah Kelang dengan mengurangkan jumlah perlepasan karbon dioksida oleh kenderaan persendirian.

Selain daripada itu, nilai hartanah yang terletak berhampiran dengan laluan MRT ini akan meningkat berlipat ganda. Dimana pemilik rumah berhampiran dengan kemudahan MRT sudah pasti menerima keuntungan nilai pulangan perlaburan yang tinggi selepas ianya siap dibina.

Projek yang bernilai RM15 billion ini pasti dapat mengembangkan ekonomi sekitarnya dimana banyak pusat perniagaan, perdagangan dan peluang perkerjaan akan diwujudkan kerana berdekatan dengan kemudahan pengangkutan.

Difahamkan bahawa projek pembangunan ini akan dipantau oleh SPRM setelah satu perjanjian Persepakatan Intergriti atau Intergrity Pact (IP) ditandatangani bagi meningkatkan ketelusan dan mengelak gejala rasuah sepanjang pembinaan yang memakan masa 10 tahun ini.

Respon positif juga telah diterima menerusi pameran dan forum-forum yang dijalankan oleh SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat). Pihak SPAD telah berjaya mengumpulkan segala isu dan input yang bernas di kalangan para perserta forum. Isu-isu mengenai keselamatan, tanah serta kesan kepada penduduk dan perniaga di sepanjang laluan pembinaan MRT telah dapat diselesaikan.

MRT-logoSPAD

Diharap selepas ini, projek Rel berkelajuan tinggi menghubungkan bandar-bandar utama di Malaysia pula dibina. Jika ianya dilaksanakan, pola kependudukan dapat diseimbangkan kerana penduduk Malaysia tidak perlu lagi berhijrah ke bandar kerana semata-mata untuk berada hampir dengan tempat kerja.

 

 

 

-

We have 12 guests and no members online